Semangat Jalan Sutera Jayakan Pembangunan Bersama BRI

2023-10-18 16:09:56  CRI
Share with:

Projek landasan Kereta Api Hungary-Serbia memeterai kontrak dengan China Railway Rolling Stock Corp (CRRC) untuk mengimport 5 kereta api yang berkelajuan 200km sejam.

 

Indonesia menganjurkan Forum Perniagaan Indonesia-China di Beijing.

 

Wanita Pertama Sri Lanka, Bekas Naib Perdana Menteri Thailand, Setiausaha Negara Kementerian Pengangkutan Kemboja melawat ke Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU).

 

Presiden Rusia Vladimir Putin bertemu dengan kawan-kawan dari Thailand, Vietnam, Indonesia, Pakistan, Hungary dan lain-lain.

 

Pada masa yang sama, Bekas Perdana Menteri Inggeris, Tony Blair dan kumpulan pakar Perancis yang dipimpin oleh bekas Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri datang untuk meninjau program kerjasama antarabangsa dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan(BRI).

 

Seperti apa yang dinyatakan oleh Putin ketika bertemu dengan Perdana Menteri Hungary, Viktor Orbán, pendirian kita bukan selalu bersepakat, tapi berpeluang untuk bertukar-tukar pandangan.

 

Jalan Sutera tercatat dalam sejarah bukan kerana kuda perang dan lembing, sebaliknya pasukan unta dan keramahan; bukan kerana kapal perang dan meriam, tapi kapal peniaga dan persahabatan.

 

Dunia sedang menghadapi perubahan yang besar. Kita yang sudah menikmati kehidupan yang baik, patut berfikir bagaimana membaikkan kehidupan orang lain.

 

Pembinaan bersama BRI lebih mementingkan peranan setiap negara, setiap individu yang terlibat. Seperti peribahasa Malaysia yang bersuara, sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.

 

Cuba kita melihat kepada Kepulauan Pasifik yang selalu kurang diberi tumpuan di dunia. Penduduk tempatan juga menantikan kehidupan yang lebih baik, tapi mereka adalah mangsa kemiskinan, impak perubahan iklim global, pelepasan air tercemar nuklear Jepun dan lain-lain.

 

Kepulauan Solomen antara negara tersebut. Perdana Menterinya, Manasseh Sogavare menolak menghadiri  Sidang Kemuncak AS-Negara-negara Kepulauan Pasifik anjuran Washington pada bulan lalu.

 

Pembangunan Kepulauan Solomen perlu kerjasama dan sokongan dari kuasa besar. Tapi menurut Manasseh Sogavare, beliau tidak bersedia duduk di dalam White House, diberi 3 minit untuk menyampaikan ucapan, lalu mendengar ajaran dari AS saja.

 

Hingga sekarang, bantuan berjumlah besar yang dijanji oleh AS belum disediakan. Apa yang berlaku adalah AS menghantar kapal pengawal pantai dan berlabuh di Kepulauan Solomen tanpa izinan.

 

Seperti apa yang ditegaskan oleh Manasseh Sogavare, AS perlu belajar menghormati pemimpin dari negara-negara Kepulauan Pasifik dulu.

 

Manakala kerjasama yang diadakan antara China dengan pelbagai negara Kepulauan Pasifik melibatkan pembinaan infrastruktur, pusat pemantauan perubahan iklim, fasiliti simpanan air, penjana tenaga hijau dan bantuan perubatan.

 

Teknologi penanaman “Juncao” (sejenis cendawan) pernah membantu penduduk di Ningxia, China keluar dari kemiskinan. Pakar China juga membawa teknologi ini ke Papua New Guinea, Fiji di Pasifik bahkan beberapa negara di Afrika.

 

Dengan latihan jangka masa pendek, wanita tempatan yang kurang pendidikan pula mampu menguasai teknologi ini, jutaan penduduk tempatan keluar dari kemiskinan dengan menanam Juncao.

 

Seorang menteri di Papua New Guinea bahkan memilih “Juncao” sebagai nama anak perempuannya.

 

Pelbagai negara Kepulauan Pasifik tentulah tidak mungkin mengimport HSR dari China. Tapi tumbuh-tumbuhan yang “kecil tapi indah” seperti Juncao telah membawa perubahan benar-benar kepada penduduk tempatan. Ini pula hasil kerjasama BRI.

 

Dunia ini tidak damai, tapi pembinaan bersama BRI menuju ke arah kedamaian, pembangunan, kerjasama dan situasi sama menang.