BRI Suntik Momentum kepada Usaha Basmi Kemiskinan Global

2023-10-18 14:49:15  CRI
Share with:

Usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) akan memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat pelbagai negara dan menyuntik momentum kuat kepada usaha membasmi kemiskinan di peringkat global. 

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning sempena Hari Antarabangsa bagi Pembasmian Kemiskinan pada Selasa.

Menurut beliau, sejak dikemukakan sedekad lalu, BRI menarik pelaburan bernilai hampir satu trilion dolar Amerika dan membantu 40 juta rakyat keluar dari belenggu kemiskinan.

Mekanisme kerjasama pertanian di bawah rangka BRI meningkatkan kemampuan golongan miskin di negara-negara terlibat dalam mendapatkan bahan makanan dan menangani krisis makanan.

Sementara itu, pelaburan dalam sektor perindustrian serta projek infrastruktur menyediakan banyak peluang pekerjaan.

Mao turut memetik kenyataan Ketua Pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Vienna, Ghada Waly bahawa kerjasama BRI membantu mempercepat realisasi Matlamat Pembangunan Mampan termasuk sasaran sifar miskin dan sifar lapar.