Serangan Sasar Hospital di Gaza, 500 Maut
Kira-kira 500 orang dilaporkan maut dalam serangan udara yang dilancarkan tentera Israel menyasar sebuah hospital di Genting Gaza pada Selasa.
Kementerian Kesihatan Palestin mengutuk serangan udara itu sebagai tindakan 'pembunuhan beramai-ramai'.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mendakwa serangan udara itu dilancarkan oleh kumpulan bersenjata Palestin, bukan tentera Israel.
Awal pagi tadi, Kementerian Luar Jordan mengumumkan keputusan untuk membatalkan pertemuan pemimpin Palestin, Jordan, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) yang dijadual berlangsung di Amman hari ini.
Menteri Luar Jordan Ayman Safadi berkata tarikh baharu pertemuan itu bergantung kepada bila pihak terbabit bersetuju menghentikan peperangan dan pembunuhan menyasar warga Palestin.