Persidangan CEO Jalur dan Laluan Fokus Pembangunan Berkualiti

2023-10-18 14:25:09  CRI
Share with:

China bersedia bersinergi dengan semua pihak untuk meningkatkan tahap kesalinghubungan prasarana, menaik taraf kerjasama perdagangan, memperkasa kolaborasi saling untung dalam sektor pelaburan dan meneroka bidang kerjasama baharu, sekali gus mendorong usaha sama di bawah rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) terus melakar kemajuan baharu.

Demikian dinyatakan Naib Perdana Menteri China He Lifeng semasa berucap pada Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jalur dan Laluan di Beijing pada Selasa.

"Para usahawan diharap menjadi pelaksana tanggungjawab sosial, penggalak keterbukaan dan kerjasama saling untung, pendorong kolaborasi pragmatik dan peneraju pembangunan inovatif, sekali gus memainkan peranan lebih besar dalam memacu pembangunan berkualiti BRI," kata beliau.

Persidangan itu dihadiri lebih 1,000 orang termasuk pegawai kerajaan asing, pertubuhan dan institusi antarabangsa, persatuan perniagaan asing serta ketua perusahaan dari dalam dan luar negeri.