Pelaksanaan BRI Satu Kemestian bagi Pembangunan Dunia

2023-10-18 12:19:47  CRI
Share with:

Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang dikeluarkan oleh Presiden China Xi Jinping pada sedekad lalu berpandangan jauh, dan sudah menjadi satu kemestian bagi pembangunan dunia pada masa sekarang. 

Naib Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Miguel Moratinos berkata demikian dalam satu temu bual dengan wartawan Kumpulan Media China (CMG) sempena berlangsungnya Forum Kemuncak Kerjasama BRI edisi ketiga.

Beliau mengulas lanjut bahawa BRI saranan Xi amat penting bagi mendorong pelaksanaan agenda PBB. Maka, PBB memilih menjadi pertubuhan antarabangsa yang pertama yang menandatangani memorandum persefahaman kerjasama di bawah rangka BRI. Sedekad lalu telah menyaksikan pencapaian yang betapa besar dalam rangka BRI.

Menurut Moratinos, kejayaan yang dicapai dalam pelaksanaan BRI dalam tempoh sedekad lalu tidak terlepas dari penglibatan kerajaan China yang pantas. Baik Asia Tengah, mahu pun kawasan pantai Mediaterranean malah seluruh Eropah sudah memanfaatkan kerjasama yang digerakkan China di bawah rangka BRI yang menumpu kepada pembinaan infrastruktur dan pembangunan ekonomi. 

Serentak itu, kesalinghubungan dalam sektor pengangkutan dan pertukaran sosiobudaya juga menjadi semakin rancak berikutan pembinaan bersama BRI. 

“Kami memerlukan inisiatif seumpama BRI untuk menyatu-padukan setiap orang agar umat manusia dapat terus bersama-sama menyemarakkan semangat perjuangan, ujar Moratinos.

“Pakej penyelesaian dan pendekatan yang dikeluarkan Forum Kemuncak Kerjasama BRI edisi ini akan mendapat sokongan majoriti daripada negara anggota PBB sekali gus membawa tenaga positif dan dinamik kepada pembangunan sejagat,” tambah beliau.