Anak Kapal Shenzhou-16 Balik Rumah Bulan Depan

2023-10-18 15:05:46  CRI
Share with:

Tiga orang angkasawan kapal Shenzhou-16 yang bertugas di Stesen Angkasa Lepas China, iaitu Jing Haipeng, Zhu Yangzhu dan Gui Haichao akan terbang balik ke Bumi pada Nonvember. Sebagai kapal yang pertama yang menjalankan misi penerbangan bermanusia setelah stesen terbabit siap dibina, Shenzhou-16 telah mencapai hasilan yang signifikan dalam tempoh setengah tahun lalu.

Kapal Shenzhou-16 bercantum dengan Modul Teras Tianhe pada 30 Mei 2023.

Tiga orang angkasawan menjayakan aktiviti keluar kenderaan (EVA) selama lapan jam pada 20 Julai 2023.

Kru Shenzhou-16 menganjurkan kuliah Tiangong edisi keempat yang bertujuan membantu golongan pelajar China menjelajah dalam dunia fantastik berhubung pengetahuan angkasa lepas.