Jalan Menuju ke Kemakmuran Episod 5: Menuju ke Arah Inovatif

2023-10-18 16:20:27  CRI
Share with:

Inilah zaman serba baharu. Trend digital sedang mengubah dunia secara cepat; Inilah zaman penuh cabaran. Perubahan iklim, kepelbagaian biologi yang berkurangan, hakisan tanah yang semakin serius, fenomena cuaca yang melampau kerap berlaku. Kesemua ini memberi amaran kepada kita manusia.

Pada zaman kini, bagaimana berganding tangan dengan negara-negara yang terlibat dalam pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) untuk membentuk masa depan yang lebih baik?

Pada 26 April 2019, Presiden Xi Jinping dalam upacara perasmian Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa BRI ke-2 menyampaikan ucap tama bahawa, “mendorong pembinaan infrastruktur hijau, pelaburan hijau dan kewangan hijau untuk melindungi kampung halaman milik kita bersama. Bersama-sama mencari momentum baharu dan jalan pembangunan baharu melalui penerokaan terhadap teknologi baharu, format baharu dan model baharu.”

Pembinaan empat buah dermaga kontena sedang berlangsung di pelabuhan Tema, Ghana. Pada masa yang sama, anak penyu kumpulan pertama pula kelihatan keluar dari telur di Pusat Pemeliharaan Penyu yang ditubuhkan oleh para pembina.

Inilah salah satu refleksi suasana harmoni antara manusia dengan alam sepanjang pembinaan bersama Jalan Sutera yang hijau.

Zirafah boleh kelihatan berjalan melalui gerbang jambatan yang setiapnya setinggi 6.5 meter lebih sepanjang landasan Mombasa–Nairobi yang dibina oleh syarikat China di Kenya. Barisan kincir angin gergasi dijadikan sebahagian pemandangan indah di Argentina di mana terdapat padang janakuasa elektrik mesra alam dengan tenaga angin yang dikendalikan syarikat China.

Pada tempoh sedekad yang lalu, China dan 31 buah negara telah mengeluarkan inisiatif perkongsian pembangunan hijau dalam kerangka BRI, dan menjalankan kerjasama dengan lebih 100 buah negara dan kawasan dalam bidang tenaga solar, tenaga angin, hidraulik dan tenaga haba.

Warna hijau beransur-ansur menjadi latar belakang yang cantik bagi pembinaan bersama BRI.

Bekas Pengarah Eksekutif Program Persekitaran PBB (UNEP) yang juga Pengarah Institut Pembangunan Hijau BRI (BGDI), Erik Solheim berkata, “‘Gunung hijau dan air jernih umpama gunung emas dan perak’. Saya yakin BRI hijau mungkin salah satu bahkan satu-satunya jalan pembangunan yang paling penting di dunia pada masa depan.”

Dalam tempoh sedekad yang lalu, teknologi digital berkembang pesat seiring dengan berlakunya revolusi sains serta pembaharuan perindustrian untuk pusingan baharu. Namun, banyak negara membangun dihantui “Jurang Digital” ekoran kelemahannya dalam bidang teknologi informasi.

Pengerusi mesyuarat ke-75 Perhimpunan Agung PBB, Volkan Bozker berkata, “’Jurang Digital’ berkemungkinan menjadi salah satu ketidaksamarataan jenis baharu.”

Syarikat China sedang melaksanakan rancangan “bintang kampung” di kawasan desa Nigeria. Stesen pangkalan tenaga solar kecil dibawa ke kawasan terpencil untuk menyediakan akses internet dalam lingkungan 2 kilometer lebih.

Jurutera telekomunikasi dari sesebuah syarikat China berkata, “semua orang berasa gembira tatkala diberitahu kami sedang membantu membaiki kualiti telekomunikasi tempatan.”

Dengan memanfaatkan pengalaman China dalam pembangunan digital, talian penghantaran logistik yang pertama, dan mesin imbas daftar penghantaran barang yang pertama telah berjaya dibuat di Nigeria. Syarikat China berjaya membina sebuah kilang moden yang dilengkapi teknologi Internet of Things (IoT) 5G di Budapest, Hungary.

Pada tempoh sedekad lalu, China telah berkongsi teknologi digital dan pengalaman yang berjaya dengan negara-negara yang terlibat dalam pembinaan bersama BRI. Terbentuklah komuniti berkongsi nasib digital yang kukuh yang bertunjangkan Jalan Sutera Digital.

Chile mempunyai langit yang paling bersih di dunia dan fenomena astrologi yang lebih banyak dan pelbagai berbanding hemisfera utara. Dalam kerangka pembinaan bersama BRI, China dan Chile memilih melakukan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi untuk meneroka bidang yang belum diketahui manusia.

Profesor Madya bidang astronomi Universiti Chile, Rene Enders berkata, “Saya suka rakan sekerja saya dari China kerana mereka bersemangat gigih dan berdedikasi untuk mencapai suatu matlamat tanpa mengambil kira masa, tenaga dan sumber.”

Pada masa sedekad yang lalu, BRI yang menganjurkan pembinaan bersama terus dilaksanakan menuju ke arah inovatif dalam bidang hijau, digital, sains dan teknologi demi kebahagiaan universal.