Jalan Menuju ke Kemakmuran Episod 6: Simbiosis Harmoni

2023-10-19 09:03:44  CRI
Share with:


Sungai, umpama pembuluh darah di Bumi, menyuburkan tanah dan melahirkan tamadun.

Laluan Sutera Kuno merentasi kawasan aliran Sungai Nile, Sungai Tigris, Sungai Euphrates, Sungai India, Sungai Ganges, dan Sungai Kuning, yang sinonim dengan tempat asal usul tamadun Mesir, tamadun Babylonian, tamadun India dan tamadun China. Tamadun, agama dan bangsa yang berlainan meraikan perbezaan untuk mencari titik persamaan dengan sikap terbuka dan inklusif, dan meninggalkan legasi yang cemerlang dan hubungan yang saling menghormati.

Pada 14 Mei 2017, Presiden Xi Jinping ketika menyampaikan ucaptama dalam upacara perasmian Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa “Inisiatif Jalur dan Laluan” (BRI) pertama menyatakan bahawa “Laluan Sutera Kuno telah memupuk semangat Laluan Sutera yang mengutamakan kerjasama, keamanan, terbuka, inklusif, saling belajar, saling menguntungkan dan  sama menang. Inilah legasi yang cemerlang dalam tamadun manusia.”

Laluan Sutera, melampaui zaman dan lokasi yang berlainan, mewujudkan kemakmuran; semangat Laluan Sutera, berasal dari sejarah dan menuju ke masa hadapan.

Dari pinggir padang pasir hingga pesisir laut, 17 buah negara pengasas dan 33 item kerjasama kaji purba bersama, menyaksikan tamadun yang inklusif, hidup bersama, interaktif dan saling belajar.

Pasukan kerja pembaikpulihan artifak China datang ke Kota Kuno Khiva, Uzbekistan atas jemputan untuk memulihkan wajah asal bangunan kuno di kota tersebut.  Khiva yang sudah wujud seribu tahun di Laluan Sutera dapat menunjukkan semula kemuliaan dan harapan.

Anggota pasukan kerja pembaikpulihan artifak dari Akademi Warisan Budaya China yang bertugas di Uzbekistan, Chen Hui berkata, “Keindahan pemandangan matahari terbenam dari barat dapat menghapuskan keletihan sepanjang hari. Saya terbayang-bayang Zhang Qian menjelajah menuju ke barat dengan menunggang unta pada zaman dahulu. Adakah saya datang ke sini dengan mengikuti jejak kaki Zhang Qian.”

Zhang Qian menjelajah ke Barat untuk memulakan misi diplomatik dan Laksamana Cheng Ho belayar ke negara-negara Asia dan Afrika. Pasukan unta dan pasukan kapal layar yang diketuai kedua-dua utusan tersebut telah menyebarkan persahabatan.

Pembinaan bersama BRI yang berpandukan semangat Laluan Sutera, menjunjung tinggi keamanan dan pembangunan serta menyebarkan impian dan harapan.

Arab Saudi dan Iran, dua negara rantau Asia Barat yang teruja dengan tamadun kuno mempunyai hubungan diplomatik yang pernah terputus selama 7 tahun. Mereka berjabat tangan dan berdamai semula di China, titik permulaan Laluan Sutera pada lewat malam 10 Mac 2023.

Pada tempoh sedekad lalu, China secara aktif mendorong penyelesaian masalah melalui dialog dan rundingan, dan menangani perselisihan dan pertikaian antara negara secara damai. China berusaha mendorong negara dan rakyat yang mencintai keamanan dan pembangunan berganding bahu demi pembangunan damai.

Pembinaan bersama BRI tidak terlepas dari persefahaman dan sikap saling menghormati dan menghargai di kalangan rakyat setiap negara.

Pada tempoh sedekad yang lalu, China telah menandatangani dokumen kerjasama bidang kebudayaan dan pelancongan dengan 144 buah negara yang terlibat dalam pembinaan bersama BRI. Pelbagai mekanisme kerjasama seperti Komuniti Kerjasama Antarabangsa Televisyen Laluan Sutera, Persekutuan Kerjasama Think Tank BRI, Persekutuan Pangggung Antarabangsa Laluan Sutera dan sebagainya telah ditubuhkan. Interaksi dan kerjasama dalam bidang sukan juga semakin aktif sehingga menjadi jambatan penting untuk saling mengenali hati budi dan menjalinkan persahabatan antara negara yang terlibat dalam pembinaan bersama BRI.

Dalam pembinaan bersama BRI yang berlangsung selama sedekad, kemajuan sudah dicapai dalam usaha mengatasi keterasingan antara tamadun melalui interaksi sesama tamadun, mengatasi konflik tamadun melalui kegiatan saling belajar antara tamadun, dan mengatasi keangkuhan tamadun melalui hidup bersama antara tamadun.

Melalui interaksi sosiobudaya yang lebih kerap dan pertukaran yang lebih rapat, dunia boleh menjadi lebih harmoni, makmur serta bersatupadu.