Peng Liyuan, Pasangan Pemimpin Asing Kunjungi Muzium Seni dan Kraf Negara China

2023-10-19 12:25:05  CRI
Share with:

Isteri Presiden China Xi Jinping, Peng Liyuan menemani pasangan pemimpin asing yang menghadiri Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) edisi ketiga, berkunjung ke  Muzium Seni dan Kraf Negara China pada Rabu.

Di dewan pameran muzium itu, Peng dan para tetamu tertarik melihat pelbagai kraf diperagakan antaranya termasuk jed, ukiran kayu serta hasil tenunan dan sulaman.
Mereka menyaksikan kemahiran tradisional seperti menyulam dan membuat mozek filigri (filigree mosaic) dipertunjukkan tukang warisan budaya tidak ketara.

Antara pengisian lain lawatan itu adalah tetamu kehormat diberi pendedahan berkaitan opera tradisional China dan seni guqin, sejenis alat muzik klasik yang bertali tujuh. 

Mereka turut disajikan persembahan permainan guqin, Opera Kunqu dan Opera Peking.

Peng berkata budaya merupakan ikatan yang membolehkan negara peserta Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) memupuk perpaduan dan menjalin kerjasama.

Beliau berharap interaksi budaya dapat terus diperkukuh untuk mengeratkan lagi ikatan persahabatan dan mencapai pembangunan bersama.