Suara Lantang Sokong China di UNGA

2023-10-19 13:52:41  CRI
Share with:

Lebih 100 buah negara lantang bersuara menyokong China dalam isu berkaitan Xinjiang, Hong Kong dan Tibet di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Jurucakap Kementerian Luar China berkata hal ini mencerminkan masyarakat antarabangsa khususnya negara membangun menentang tindakan mempolitikkan isu hak asasi manusia. 

Dilaporkan, semasa sesi ke-78 Jawatankuasa Ketiga Perhimpunan Agung PBB (UNGA) pada Selasa, Pakistan mewakili 72 negara menyampaikan ucapan dengan mengatakan bahawa isu berkenaan merupakan hal ehwal dalaman China, dan tindakan campur tangan dengan dalih hak asasi mesti ditolak.

Ucapan berkenaan menekankan perlunya semua pihak terlibat mentaati Piagam PBB dan menghormati hak rakyat pelbagai negara memilih jalan pembangunan berdasarkan keadaan masing-masing.  

Dalam pada itu, masyarakat antarabangsa perlu memperkukuh perpaduan dan kerjasama serta bersama-sama memperkasa dan melindungi hak asasi manusia.

Jurucakap itu turut mengingatkan bahawa muslihat segelintir negara Barat mencampuri hal ehwal dalaman negara lain atas alasan hak asasi pasti gagal.