China, Argentina Sasar Kerjasama Pragmatik Lebih Kukuh

2023-10-19 13:30:14  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping bertemu dengan rakan sejawatnya dari Argentina, Alberto Fernandez yang berada di Beijing untuk menghadiri Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) edisi ketiga pada Rabu.

Xi menyatakan China bersedia bersinergi dengan Argentina untuk meningkatkan penyelarasan strategik dan menggalakkan hubungan bilateral terus berkembang mantap sehingga menjadi suri teladan perpaduan dan kerjasama Selatan-Selatan. 

China menyokong usaha Argentina dalam memelihara kestabilan ekonomi dan kewangan, dan bersedia berkongsi peluang pembangunan, mendorong pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta memperkasa kerjasama pragmatik melibatkan pertanian, infrastuktur dan lain-lain. 

"China sudi mengimport lebih banyak produk berkualiti dari Argentina dan menggalakkan lebih banyak syarikat domestik melabur di negara itu," kata Xi.

Fernandez menyuarakan harapan agar kerjasama dengan China dalam bidang seperti ekonomi, perdagangan dan infrastruktur terus diintensifkan ke arah membawa kemajuan baharu dalam perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara.

"Argentina bersedia menggalakkan perkembangan hubungan China dengan negara Amerika Latin, dan bersama-sama mempertahankan multilateralisme serta meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam kerangka seperti Kumpulan 20 (G20) dan BRICS," ujar beliau.