Utusan Khas China Lawat Qatar

2023-10-20 14:54:08  CRI
Share with:

Utusan khas kerajaan China bagi isu Asia Barat, Zhai Jun bertemu dengan Menteri Negara bagi hal ehwal luar Qatar, Mohammed bin Abdulaziz Al-Khulaifi di Doha pada Khamis untuk membincangkan situasi semasa di Palestin dan Israel. 

Zhai berkata China sedih melihat kehilangan nyawa dan kecederaan melibatkan orang awam yang tidak bersalah serta keadaan kemanusiaan yang semakin buruk akibat konflik berkenaan.

China menentang dan mengecam segala tindakan yang membahayakan orang awam, dan menolak sebarang amalan yang melanggar undang-undang antarabangsa. 

Zhai menggesa supaya semua pihak terlibat bertenang dan bersabar bagi mengelak situasi bertambah buruk. 

Katanya, China berpendirian konsisten dalam menggalakkan perdamaian dan perundingan serta mendorong penyelesaian secara politik.

Dalam pada itu, China sedang menjalankan komunikasi intensif dengan semua pihak terbabit ke arah menggerakkan gencatan senjata dicapai.

Al-Khulaifi berkata Qatar mengecam serangan menyasar orang awam, dan menentang sebarang tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Menurut beliau, Qatar sedang aktif melakukan pengantaraan diplomatik supaya ketegangan diredakan.

Qatar menghargai peranan dan pengaruh China, dan ingin memperkukuh komunikasi dengan China untuk menyumbang kepada penyelesaian isu Palestin secara adil dan munasabah seawal mungkin.