BRI Sasar Kesalinghubungan Berbilang Dimensi

2023-10-20 13:23:12  CRI
Share with:


Wujudnya kesalinghubungan akan memberi peluang kepada Eropah untuk memulihkan daya saingan, kata Perdana Menteri Hungary Viktor Orban dalam Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) edisi ketiga yang baru berakhir di Beijing.

Beliau memberikan penghargaan terhadap pembinaan landasan kereta api Budapest-Belgrade dan menyeru agar Eropah bahkan dunia mencari peluang baharu daripada kesalinghubungan.

Kesalinghubungan antara aspek utama kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dan juga tumpuan dalam BRF kali ini.

Ketika berucap pada majlis perasmian forum itu, Presiden Xi Jinping telah mengumumkan lapan langkah untuk menyokong pembangunan berkualiti BRI. Antaranya langkah pertama menyasar pembentukan jaringan kesalinghubungan yang berbilang dimensi.

Menurut pandangan pakar, visi kesalinghubungan berbilang dimensi itu dikemukakan dengan merumus pengalaman yang diperoleh dalam sedekad lalu. 

Selain merangkumi dimensi laut, darat dan udara, ia juga melibatkan kesalinghubungan dari segi siber, kewangan dan komunikasi satelit.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada forum kali ini, selain pemerkasaan kesalinghubungan infrastruktur, penyelarasan piawaian dan persefahaman rakyat juga akan menjadi tumpuan dalam pembinaan bersama BRI pada masa hadapan.

Selepas melalui tempoh sedekad yang menyaksikan hasil memberangsangkan diraih, kerjasama BRI kini mengorak langkah ke fasa pembangunan berkualiti.

Dalam pada itu, pembentukan jaringan kesalinghubungan berbilang dimensi nescaya menjadi pemangkin ekonomi, dan membantu pelbagai negara berintegrasi dengan rantaian bekalan dan perindustrian global ke arah mencapai pembangunan bersama. 

Ia akan turut menyuntik momentum baharu kepada usaha merealisasikan pemodenan di semua negara terlibat.

Seperti yang dinyatakan penasihat kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Haroon Sharif, BRI akan memainkan peranaan untuk mendorong pemulihan ekonomi global dan manfaatnya kepada rakyat pelbagai negara akan terpahat dalam sejarah.