Xi Bertemu Presiden Laos

2023-10-20 16:55:57  CRI
Share with:


Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Laos, Thongloun Sisoulith yang berada di Beijing untuk menghadiri Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) edisi ketiga dan membuat lawat kerja, pagi tadi.

Xi mengesyorkan kedua-dua pihak memberi konotasi baharu kepada ikatan bilateral bersandarkan pelan tindakan lima tahun baharu berhubung pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Laos, sekali gus menyuntik mementum kepada kestabilan dan pembangunan serantau bahkan dunia.

Beliau berkata potensi landasan kereta api China-Laos perlu terus diteroka bagi mendorong pembangunan Koridor Ekonomi China-Laos (CLEC) dan menggerakkan visi kesalinghubungan serantau.

Beliau turut menzahirkan kesediaan China untuk terus menghulurkan bantuan sedapat mungkin kepada pembangunan ekonomi Laos.

China juga bersedia menggalakkan perusahaan domestik melabur di Laos, mengimport lebih banyak hasil pertanian berkualiti dari negara itu, di samping memperluas kerjasama melibatkan tenaga dan perlombongan.

Thongloun pula berkata pelan tindakan berkenaan akan terus memperkukuh persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara.

Laos bersedia mempertingkat interaksi peringkat tinggi dengan China, memperdalam pertukaran pengalaman berkaitan pentadbiran negara, di samping memperkasa kerjasama pragmatik dalam bidang seperti pembangunan CLEC.