Mahasiswa China Dekati Bahasa Dan Budaya Melayu di Penang

2023-10-20 23:13:23  CRI
Share with:

Seramai 75 mahasiswa yang mempelajari bahasa Melayu dari enam institut pengajian tinggi (IPT) China termasuk Universiti Komunikasi China (CUC) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulang Pinang mutakhir ini.  

Mereka akan menyertai Program Pemindahan Kredit Bahasa Melayu (PROPERBM) di Universiti Sains Malaysia yang dijadual berlangsung satu hingga dua semester.

Semasa mengikuti program itu, mereka akan berpelung terdedah kepada budaya Melayu melalui pelbagai acara seperti bengkel pengukuhan bahasa Melayu, bengkel deklamasi sajak, program inap desa dan lain-lain.