Jalan Sutera Hijau Menuju Modenisasi Dunia
"Jalan Sutera Hijau membawa kita keluar dari jalan buntu dan menempuh laluan baharu ke arah kesejahteraan umat manusia serta planet Bumi ini."
Petikan daripada ucapan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres semasa Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) edisi ketiga, mendapat sahutan luas para peserta.
Dalam tempoh sedekad lalu, China menubuhkan Perikatan Pembangunan Hijau Antarabangsa Inisiatif Jalur dan Laluan (BRIGC) dengan lebih 150 rakan dari lebih 40 buah negara, dan menjalin perkongsian tenaga dalam rangka inisiatif itu dengan 32 negara.
Dalam pada itu, China berjanji tidak akan membina lagi loji jana kuasa arang batu di seberang laut.
Modenisasi, impian bersama rakyat semua negara. Antara gagasan yang dikemukakan pada forum kali ini adalah berganding bahu mewujudkan modenisasi dunia.
Pembangunan hijau merupakan antara lapan langkah China bagi menyokong pembinaan bersama BRI secara berkualiti tinggi.
Siri tindakan konkrit seperti memperdalam kerjasama membabitkan infrastruktur hijau, tenaga hijau dan pengangkutan hijau serta membentuk mekanisme interaksi industri fotovoltan dan jaringan pakar rendah karbon turut menarik perhatian masyarakat antarabangsa.
Transformasi kepada pembangunan hijau membawa model pembangunan baharu.
Berdepan cabaran seperti kekurangan sumber dan perubahan iklim, bagaimana negara membangun mengelak daripada mengulangi pendekatan negara maju menjalankan kawalan dan pengurusan selepas berlakunya pencemaran dalam proses modenisasi?
Dalam hal ini, praktik yang berkesan telah pun dilakukan China.
Negara ini menyumbangkan cetusan minda sendiri dengan menekankan 'gunung hijau dan air jernih sama seperti gunung emas dan perak'.
Konsep itu terus diterjemahkan dalam bentuk tindakan apabila China giat membangunkan teknologi hijau dan rendah karbon serta menyasar modenisasi yang bercirikan keharmonian manusia dengan alam sekitar.
Transformasi kepada pembangunan hijau juga menjana penggerak pembangunan baharu.
Tiga pelan tindakan pembangunan hijau turut dilancarkan dalam forum berkenaan antaranya termasuk membina perkongsian pelaburan dan pembiayaan, yang dipercayai akan memberi sokongan modal kepada pembangunan ekonomi hijau.