Sidang Kemuncak Isu Palestin Diadakan

2023-10-22 15:34:05  CRI
Share with:


Sidang kemuncak berhubung isu Palestin diadakan di ibu negara baharu Mesir pada Sabtu. 

Persidangan yang dianjurkan atas inisiatif Mesir itu disertai pemimpin dan utusan khas dari lebih 30 buah negara serta ketua pertubuhan antarabangsa.

Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi ketika berucap dalam sidang kemuncak itu berkata, Mesir menolak tindakan mengusir rakyat Palestin ke wilayah negara itu. Satu-satunya kaedah bagi menyelesaikan isu Palestin adalah memberi rakyat Palestin hak untuk hidup di sebuah negara yang berdaulat.

Presiden Palestin Mahmoud Abbas menegaskan bahawa kedamaian dan keselamatan hanya dapat diwujudkan dengan pelaksanaan 'penyelesaian dua negara' serta penanganan masalah pelarian berdasarkan resolusi 194 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau juga mengecam operasi ketenteraan Israel di Gaza dan menggesa supaya koridor kemanusiaan dibuka bagi membolehkan bahan makanan dan ubat-ubatan dihantar ke Gaza.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dalam ucapannya menyeru supaya isu Pelestin diselesaikan menerusi 'penyelesaian dua negara'.

Beliau mengalu-alukan barang bantuan dibawa 20 buah lori memasuki Gaza menerusi pintu sempadan Rafah.

Tegas beliau, lori membawa barang bantuan yang tunggu di sebelah Mesir perlu segera memasuki Gaza secara berskala besar, konsisten dan selamat.