564 Acara Dipertandingkan di Sukan Para Asia Hangzhou

2023-10-22 16:37:27  CRI
Share with:

Sebanyak 22 sukan melibatkan 564 acara akan dipertandingkan dalam Sukan Para Asia ke-4 di Hangzhou.

Demikian menurut maklumat daripada sidang media yang dianjurkan bersama Jawatankuasa Paralimpik Asia (APC) dan jawatankuasa penganjur Sukan Para Asia Hangzhou pada Ahad.

Dimaklumkan, temasya sukan itu akan disertai hampir 5,200 orang, antaranya hampir 3,100 orang atlet dari 44 buah negara dan kawasan. Ia sekali gus menjadi Sukan Para Asia berskala paling besar dalam sejarah.