Zhai Jun Hadiri Sidang Kemuncak Isu Palestin

2023-10-22 15:35:00  CRI
Share with:

Utusan khas kerajaan China bagi isu Asia Barat, Zhai Jun menghadiri sidang kemuncak berhubung isu Palestin yang diadakan di Mesir pada Sabtu.

Zhai berkata China mendesak pihak terbabit segera menghentikan operasi ketenteraan yang meruncingkan situasi semasa serta membuka laluan bantuan kemanusiaan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) harus mengadakan persidangan kedamaian antarabangsa yang lebih berwibawa dan berpengaruh dalam skop lebih besar ke arah membina konsensus untuk mendorong perdamaian dan menggerakkan isu Palestin diselesaikan secara komprehensif, adil dan berkekalan seawal mungkin.

Tambah beliau, konflik yang makin meruncing antara Palestin dengan Israel sekali lagi membuktikan isu Palestin tidak boleh diabaikan dan dilupakan. 

Jalan keluar bagi menamatkan konflik berkenaan terletak pada pelaksanaan 'penyelesaian dua negara'.