Sukan Para Asia ke-4 Dirasmikan di Hangzhou

2023-10-23 13:07:12  CRI
Share with:

Sukan Para Asia ke-4 telah dibuka dengan meriah di bandar Hangzhou, provinsi Zhejiang China pada Ahad, diserikan dengan kehadiran Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang yang turut mengumumkan perasmian temasya sukan tersebut.

Sukan Para Asia ke-4 yang mengamalkan konsep "cahaya matahari, keharmonian, kemandirian dan perkongsian" merupakan satu lagi temasya sukan antarabangsa untuk golongan atlet kelainan upaya yang diadakan oleh China selepas Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, dan juga merupakan temasya sukan Asia yang diadakan dengan menyemarakkan semangat "Sukan Asia dan Sukan Para Asia sama-sama menarik".

Kontinjen China terdiri daripada 723 anggota, termasuk 439 atlet yang akan beraksi dalam kesemua 22 acara.

Turut hadir dan berucap, Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Sukan Para Asia ke-4 Hangzhou yang juga Gabenor provinsi Zhejiang, Wang Hao, Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Sukan Para Asia ke-4 Hangzhou yang juga Presiden Persekutuan Orang Kurang Upaya China, Cheng Kai, dan Presiden Jawatankuasa Paralimpik Asia, Majid Rashed.