Konvensyen Fiksyen Sains Dunia Ke-81 Labuh Tirai di Chengdu

2023-10-23 15:13:52  CRI
Share with:

Kovensyen Fiksyen Sains Dunia ke-81 telah melabuh tirainya di bandar Chengdu, provinsi Sichuan malam semalam.

Selain penganugerahan hadiah yang pelbagai jenis yang melibatkan karya fiksyen sains, penubuhan Pusat Penjenamaan Kovensyen Fiksyen Sains Dunia (Chengdu) juga diumumkan dalam upacara penutupan tersebut.

Pengerusi Bersama, Chen Shi telah menyerahkan satu tukul kayu kepada Vincent Docherty, wakil dari Glasgow yang akan menjadi tuan rumah bagi Konvensyen Fiksyen Sains Dunia 2024.

Untuk rekod, lebih 200 aktiviti yang diadakan semasa berlangsungnya Konvensyen di Chengdu telah menyaksikan penglibatan lebih 1,200 orang tetamu dan 20 ribu orang peminat fiksyen sains dari 35 buah negara dan kawasan dari seluruh dunia.