Sukan Para Asia Hangzhou Buka Tirai

2023-10-23 14:33:29  CRI
Share with:

Sukan Para Asia ke-4 membuka tirainya di bandar Hangzhou pada Ahad.

Sebanyak 22 sukan melibatkan 564 acara akan dipertandingkan dalam temasya itu.

Dijadual berlangsung sehingga 28 Oktober, temasya sukan itu disertai hampir 3,100 orang atlet dari 44 buah negara dan wilayah. 

Majlis pembukaan Sukan Para Asia ke-4 diadakan di Stadium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou. 

Kanak-kanak cacat pendengaran masuk ke stadium dengan memegang bendera kebangsaan.

 delegasi Indonesia

 delegasi Iran

 Kontinjen China terdiri daripada 723 orang, antaranya 439 orang atlet.

 Penduduk tempatan tertarik dengan pertunjukan cahaya lampu semasa majlis pembukaan temasya berkenaan.