Hantaran Kurier Catat 100 Bilion Item, Lebih Awal 39 Hari dari 2022

2023-10-23 15:09:54  CRI
Share with:

Didedahkan Biro Pos Negara (SPB), jumlah hantaran kurier 2023 mencatat 100 bilion item setakat pukul 7:39 pagi tadi, iaitu 39 hari lebih awal berbanding 2022, sekali gus mencerminkan perkembangan ekonomi China yang konsisten dan  mempunyai momentum kuat.

Perkhidmatan kurier China berkembang pesat tahun ini, terbukti dengan jumlah hantaran kurier melebihi 10 bilion item setiap bulan sejak Mac lalu, sedangkan pendapatan bulanan yang diperolehi sektor tersebut pun mencatat rekod baharu dengan menokok RMB90 bilion (RM58.8 bilion) lebih  secara purata.

Perkhidmatan kurier yang menghubungkan sektor pengeluaran dengan sektor penggunaan disifatkan sebagai "barometer" yang boleh memperlihatkan pembangunan ekonomi dan kedinamikan penggunaan, dan berperanan penting dalam mendorong penggunaan serta mempergiatkan pelaksanaan skim pembangunan desa dan perindustrian perkilangan di  negara ini.