CMG, FTF Tandatangani Memorandum Kerjasama

2023-10-24 14:20:22  CRI
Share with:

Kumpulan Media China (CMG) dan Persekutuan Tenis Perancis (FTF) menandatangani memorandum kerjasama di Paris pada Isnin. 

Memorandum berkenaan dimeterai oleh Presiden CMG Shen Haixiong dan Presiden FTF Gilles Moretton.

Shen berkata sejak CMG mula membuat penyiaran acara pertandingan FTF pada 1991,  jumlah tontonan kekal pada paras ratusan juta selama beberapa tahun berturut-turut. 

"Kami (CMG) telah mencapai kesepakatan mengenai pelanjutan hak cipta siaran acara pertandingan dengan FTF.

"Kami akan terus membawa acara pertandingan berprestij kepada penonton China, sekali gus menyuntik kedinamikan kepada penyebaran budaya sukan tenis serta pembangunan sukan berkenaan, " kata beliau.

Dalam pada itu, Gilles Moretton menyatakan bahawa FTF dan CMG mempunyai asas kerjasama yang baik. 

"Diharap pertukaran dan kerjasama dengan CMG terus dipererat bagi membolehkan lebih ramai penggemar sukan tenis menikmati acara pertandingan FTF, di samping menggalakkan pembangunan sukan kedua-dua negara," ujar Gilles.