Perbincangan Menteri Luar China-Palestin Melalui Telefon

2023-10-24 13:26:41  CRI
Share with:

China mengutuk sekeras-kerasnya dan menentang segala tindakan biadab yang menyasarkan orang awam dan melanggar undang-undang antarabangsa, menyeru gencatan senjata segera diwujudkan dan memastikan syarat hidup asas penduduk Gaza terjamin. Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) sepatutnya memikul tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh, masyarakat antarabangsa pula perlu bertindak segera, manakala negara luar rantau itu terutamanya negara kuasa besar sewajarnya mengambil sikap objektif dan adil, dan memainkan peranan konstruktif untuk meredakan krisis berkenaan. 

Ahli Biro Politk Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Menteri Luar, Wang Yi berkata demikian ketika berhubung dengan rakan sejawatnya dari Palestin, Riyad al-Maliki melalui telefon pada Isnin.

"China sudah menghulurkan bantuan kecemasan kemanusiaan melalui Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin (Fatah) dan agensi PBB, dan akan terus memberikan bantuan barangan menurut keperluan penduduk di Gaza, ujar Wang.

"Terdapat satu-satunya saluran bagi  penyelsaian isu Palestin, iaitu melaksanakan "penyelesaian dua negara",  dan membantu rakyat Palestin mewujudkan hak hidup, hak menubuhkan negara dan hak kembali ke kampung halaman. China menyeru sidang antarabangsa diadakan dengan secepat mungkin untuk mendorong rundingan damai antara Palestin dan Israel disambungkan dengan secepat mungkin,

"China tidak pernah berhenti dalam menggesa pihak-pihak terbabit mewujudkan gencatan senjata dan akan meneruskan usaha untuk mendorong penyelesaian isu Palestin dengan menyeluruh, adil dan konsisten," tambah beliau.

Sementara itu, Riyad al-Maliki telah memperkenalkan pendirian Palestin dan merakamkan terima kasih kepada China yang menyokomg rakyat Palestin dan memberikan bantuan kecemasan kepada pihaknya.