Kertas Putih Perikanan Pelagik China Disiarkan

2023-10-24 15:42:48  CRI
Share with:

Kertas putih Pembangunan Perikanan Pelagik China telah disiarkan oleh Jabatan Penerangan Dewan Negara China hari ini.

Kertas putih yang terdiri daripada tujuh bahagian itu memperkenalkan usaha pembangunan perikanan pelagik yang berkualitit tinggi, pemeliharaan dan penggunaan lestari sumber, kewajipan negara yang berbendera kapal, kawal selia perikanan pelagik, sokongan teknologi, keterjaminan keselamatan perikanan pelagik serta kerjasama perikanan antarabangsa.

Menurut kertas putih itu, China bersedia menjunjung tinggi prinsip sama rata, menang-menang dan saling hormat, memperhebat pemeliharaan dan penggunaan lestari sumber laut, memelihara biodiversiti laut, mendorong komuniti berkongsi nasib maritim dan menggalakkan pembangunan lestari laut yang mesra alam dalam senario global bagi merealisasikan Gagasan Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 2030.