Surat Tahniah Xi sempena Ulang Tahun ke-70 ACFIC

2023-10-24 16:02:39  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping bagi pihak Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) telah mengutus surat tahniah kepada Persatuan Perindustrian dan Perniagaan Seluruh China (ACFIC) sempena ulang tahun ke-70nya.

Dalam surat tersebut, Xi berharap agar ACFIC memikul tanggungjawab dan misi yang diberi PKC pada zaman baharu untuk mendorong ekonomi bukan milik negara berkembang sihat, mendorong ekonomi swasta berkembang ke arah berkualiti tinggi, dan membantu golongan usahawan swasta meningkatkan kesatupaduan dan menyangga pimpinan PKC sehingga menyumbang kepada usaha membentuk Paradigma Pembangunan Baharu dalam bidang perindustrian dan perniagaan.

Selain itu, tokoh-tokoh sektor ekonomi swasta juga diharap melaksanakan konsep pembangunan baharu, menyemarakkan semangat usahawan, mencintai tanah air, memartabatkan perundangan dalam urus niaga, memupuk semangat inovatif dalam memulakan kerjaya dan semangat dermawan dalam pembangunan kemasyarakatan supaya dapat memberi sumbangan dalam senario pembangunan negara sosialis yang moden dan kebangkitan bangsa China.