Xi: China Ikrar Bina Asia yang Damai dan Makmur

2023-10-24 14:40:28  CRI
Share with:

Pagi tadi, Presiden China Xi Jinping telah menyampaikan mesej kepada Seminar Antarabangsa Ulang Tahun ke-10 Konsep Diplomasi 'Persahabatan, Keikhlasan, Kesejahteraan Bersama dan Keinklusifan" anjuran bersama Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Kementerian Luar China.

Menurut Xi, teguh melaksanakan konsep diplomasi tersebut merupakan polisi asas diplomatik kejiranan China.

"Di tengah-tengah zaman serba baharu ini, kami akan terus mngamalkan nilai-nilai Asia yang mengutamakan keamanan, kerjasama, inklusif dan integrasi supaya dapat mencetuskan momentum baharu bagi kesatupaduan, keterbukaan dan kemajuan serantau. 

"Memodenisasi ala China akan membawa lebih banyak manfaat kepada rantau ini. Selain itu, China akan bersama-sama negara lain untuk mendorong progres modenisasi Asia sehingga pembangunan berkualiti tinggi China selari dengan persekitaran yang baik di rantau ini, ujar Xi.

"China akan terus melaksanakan konsep diplomasi 'persahabatan, keikhlasan, kesejahteraan bersama dan keinklusifan', berganding bahu dengan negara serantau untuk membina kampung halaman Asia yang aman, tenteram, makmur, indah, bersahabat dan harmoni supaya dapat membuka lembaran baharu dalam pembinaan bersama komuniti berkongsi nasib sesama Asia dan komuniti berkongsi nasib sesama insan," tambah beliau.