CMG, Jawatankuasa Olimpik Paris Lancar Kerjasama Strategik

2023-10-24 15:17:05  CRI
Share with:

Kumpulan Media China (CMG) dan Jawatankuasa Penganjur Olimpik Paris melancarkan kerjasama strategik menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) di sini, pada Isnin.

MoU itu ditandatangani oleh Presiden CMG Shen Haixiong dan Presiden Jawatankuasa Penganjur Olimpik Paris Tony Estanguet, yang merangkumi konsensus untuk memperkasa kerjasama melibatkan promosi Sukan Olimpik Paris, penerbitan program khas berkenaan dan sebagainya.

Pada hari sama, Menteri Kebudayaan Perancis Rima Abdul Malak bertemu dengan rombongan CMG yang diketuai Shen di Muzium Louvre.

Malak mengucapkan tahniah atas jalinan kerjasama seumpama dan berharap pihaknya memperluas kerjasama dengan CMG membabitkan program filem dan televisyen, budaya tradisional dan karya seni digital. 

Tahun hadapan merupakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik Perancis-China, dan menyaksikan berlangsungnya Sukan Olimpik 2024  di Paris. 

Shen berkata sebagai agensi penyiar utama Sukan Olimpik Paris, CMG akan mengerahkan kumpulan kerja yang terdiri daripada lebih 2,000 orang untuk menjayakan penyiaran temasya berkenaan.

Difahamkan, kumpulan itu ditugaskan membuat signal awam antarabangsa untuk empat acara iaitu gimnastik, ping pong, badminton dan sukan memanjat. 

Teknologi 5G+4K/8K+AI akan turut digunakan untuk menyediakan perkhidmatan audio visual bertaraf dunia kepada para audiens.

Tahun ini, CMG akan melancarkan siri aktiviti media di Beijing dan Paris bagi menyuntik kedinamikan baharu kepada pertukaran sosiobudaya antara China dengan Perancis.