Xi Harap NUCSCR Terus Dorong Perkembangan Hubungan China-AS

2023-10-25 13:57:03  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping melalui surat tahniahnya kepada jamuan malam anugerah tahunan Jawatankuasa Kebangsaan Hubungan Amerika Syarikat (AS)-China (NCUSCR) pada Rabu, menyanjung NCUSCR yang selama ini dengan aktif menggerakkan pertukaran dan kerjasama antara China dan AS dalam pelbagai bidang, dan turut menyampaikan tahniah kepada pemenang anugerah terbabit, Dr. Henry Kissinger.

"Sebagai dua negara kuasa besar di dunia, China dan AS boleh atau tidak memilih dan menetapkan pendekatan yang betul untuk mengembangkan hubungan bilateral berkait rapat dengan pembangunan dan kedamaian dunia dan nasib umat manusia. 

"China bersedia berdasarkan tiga prinsip iaitu saling menghormati, hidup bersama secara damai dan sama menang melalui kerjasama, mendorong kerjasama yang saling menguntungkan dengan AS, di samping berhemah mengawal perselisihan, menggembleng tenaga untuk mengatasi cabaran sejagat demi kemakmuran dan kesejahteraan kedua-dua negara bahkan dunia," ujar Xi.

Beliau berharap NCUSCR dan kawan-kawan dari pelbagai kalangan terus memberikan perhatian dan menyokong hubungan China-AS, dan memainkan peranan konstruktif dalam menggalakkan hubungan bilateral berkembang dengan sihat dan stabil.

Pada hari yang sama, Presiden AS, Joe Biden juga mengutus surat tahniah kepada majlis anugerah tersebut.