Plot AS Terdedah dalam Lakonan Kayu Tiga Filipina di LCS

2023-10-25 15:52:35  CRI
Share with:

Dua kapal awam dan dua lagi kapal pengawal maritim Filipina menyerbu perairan di sekitar Terumbu Ren'ai, Kepulauan Nansha, bahkan melanggar kapal Pengawal Pantai China (CCG) dan kapal nelayan China dengan cara berbahaya kebelakangan ini. 

Selepas itu, Filipina melontarkan dakwaan yang berbunyi "pihak China yang sengaja menimbulkan provokasi" dan turut mendapat sokongan dari Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) yang kemudian berlagak mengkritik tindakan pasukan penguatkuasa China yang sah malah mengancam akan menguatkuasakan Perjanjian Defensif Bersama AS-Filipina.

Menyentuh kedaulatan terumbu Ren'ai, masyarakat antarabangsa sudah mempunyai persepakatan yang diterima umum, iaitu terumbu terbabit adalah sebahagian wilayah China yang merangkumi Kepulauan Nansha. Tafsiran ini sejajar dengan undang-undang antarabangsa seperti Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). 

Seawal 24 tahun yang lalu, Filipina mula menugaskan satu kapal perangnya sengaja 'bersarang' di perairan terumbu Ren'ai, tindakan yang dilihat mencabuli kedaulatan negara China. 

Sepanjang proses menangani isu tersebut, China yang bersikap sabar dan toleransi sudi mengekalkan interaksi dengan Filipina dalam pelbagai peringkat dan saluran, dan mendesak Filipina mengelak daripada penghantaran barang pembinaan dan secepat mungkin menarik balik kapal perang yang uzur itu. 

China dan Filipina berhasil mengawal situasi semasa dan mencapai persefahaman suatu ketika dahulu. 

Bagaimanapun sejak tahun ini, Filipina selalu main kayu tiga di Laut China Selatan (LCS) dengan menyerbu perairan Pulau Huangyan dan Terumbu Ren'ai, bahkan sengaja menggembar-gemburkan khabar angin yang mengelirukan di pentas dunia.

Pendalang lakonan kayu tiga itu justeru AS.  Kini, Washington sedang mempercepat langkah dalam pelaksanaan apa yang disebut "strategi Indo-Pasifik" bagi mengepung dan menyekat China. 

Terdahulu, pegawai kanan AS sibuk melawat Asia Tenggara bagi memaksa negara terbabit memilih pendirian memihak dan mengadu domba hubungannya dengan China sehingga menjadikan kedamaian dan kestabilan serantau terjejas.

Terumbu Ren'ai adalah isu bilateral yang tidak melibatkan AS. Filipina disarankan melepaskan khayalannya bergantung pada Washington, menghentikan provokasi di perairan LCS, dan secepat mungkin menarik balik kapal perang yang 'bersarang' itu demi kedamaian dan kestabilan LCS serta kepentingan bersama serantau.

China sama sekali tidak berganjak daripada usaha memelihara kedaulatan negara dan kepentingan maritim. Filipina juga diesyorkan jangan menjerat leher sendiri melalui lakonan 'samseng jalanan' arahan kuasa Barat.