Filipina Digesa Jangan Menjadi Proksi AS
Amerika Syarikat(AS) yang kini terlibat dalam perang Rusia-Ukraine dan konflik di Gaza, terpaksa mengurangkan tumpuan terhadap China. Dengan itu, AS mesti mencari proksi di rantau ini untuk menimbulkan gangguan kepada China.
"ASEAN sudah sepakat untuk tidak menjadi proksi bagi kekuatan mana mana pun.” Demikian tegas Presiden Indonesia yang juga pengerusi bergilir ASEAN, Joko Widodo pada majlis perasmian Sidang Kemuncak ASEAN bulan lalu.
Sayang sekali, nampaknya bukan semua anggota ASEAN mampu menolak tekanan dan pujukan AS. Filipina bersedia menjadi proksi AS untuk mengada-adakan konflik dengan China di Terumbu Ren’ai. Baru-baru ini kapal pihak Filipina telah berulang kali mencuba menghantar bahan pembinaan ke terumbu tersebut dan berkonflik dengan kapal nelayan serta Pasukan Pengawal Pantai China.
Pada Mei 1999, kapal pendarat milik Filipina BRP Sierra Madre (LT-57) terkandas di Terumbu Ren'ai.
China segera menuntut Filipina menarik balik kapal tersebut kerana ia telah menceroboh wilayah China.
Filipina menegaskan kapal itu mengalami kerosakan ekoran terkandas, dan akan segera meninggalkan Terumbu Ren'ai setelah ia dibaiki.
Hingga November 1999, BRP Sierra Madre masih berada di sana!
Duta Besar China ke Filipina pada masa itu bertemu dengan Menteri Luar Filipina, Domingo Siazon untuk menggesa Filipina mematuhi janjinya. Menurut Siazon, kapal itu telah hampir siap dibaiki dan akan meninggalkan Terumbu Ren'ai dalam tempoh seminggu. Pertemuan itu turut disertai oleh Ketua Pengarah Pejabat Presiden Filipina pada masa itu.
24 tahun telah berlalu, pada tahun 2023 ini BRP Sierra Madre masih di sana. Kerajaan baharu Filipina menafikan janji negaranya dan mereka menghantar bahan pembinaan ke BRP Sierra Madre (LT-57) untuk membinakannya menjadi satu kubu di Laut China Selatan.
Bagi pihak Filipina, janji politik dalam hubungan diplomatik bilateral boleh dinafikan, kapal yang terkandas boleh menjadi asas tuntutan terhadap kedaulatan dan wilayah.
Mesyuarat peringkat tinggi mengenai pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan(DOC) antara China dengan negara-negara ASEAN pusingan baharu akan dirasmikan esok. Tindakan Filipina ini telah melanggar persepakatan ASEAN dan juga menjejaskan suasana harmoni penyelesaian pertikaian melalui rundingan yang selalu diutamakan di rantau ini.
Meskipun BRP Sierra Madre yang “terkandas” selama 24 tahun menjadi gangguan, tapi pertikaian ini bukan yang paling penting dalam hubungan bilateral China-Filipina yang terjalin sejak sekian lama. Dengan ini, China mengizinkan bekalan hidup dihantar kepada anak kapal BRP Sierra Madre berasaskan semangat kemanusiaan, juga bagi memelihara persabahatan bilateral dan keamanan serantau.
Malangnya keadaan ini berubah lagi sejak kerajaan baharu Filipina dihasut oleh AS dan bersedia menjadi proksinya untuk mencetuskan situasi tegang di Laut China Selatan. Ini telah menjadi cabaran besar keselamatan dan keamanan serantau.