CIIE 2023 Himpun Lebih Ramai Peserta

2023-10-25 15:25:16  CRI
Share with:

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) edisi keenam yang bakal berlangsung di Shanghai pada 5 hingga 10 November, dijangka menyaksikan kehadiran peserta dari 154 buah negara dan wilayah serta pertubuhan antarabangsa. 

Setakat ini lebih 3,400 pempamer dan 394,000 pelawat profesional berdaftar untuk menyertai ekspo itu, mencatat tahap sama sebelum pandemik.

Sementara itu, sebanyak 69 negara dan tiga pertubuhan antarabangsa telah mengesahkan kehadiran mereka pada acara pameran negara. 

Antaranya terdapat 11 buah negara menyertai pameran itu buat kali pertama, dan 34 lagi julung kalinya ikut serta secara fizikal.   

Honduras, Kazakhstan, Serbia, Afrika Selatan dan Vietnam merupakan negara tetamu kehormat.      

Ini turut memperlihatkan aspirasi semua pihak terhadap keterbukaan dan kerjasama.

Pavilion China meliputi kawasan seluas 2,500 meter persegi, paling besar skalanya berbanding edisi terdahulu.

Pencapaian terkini China dalam usaha menggalakkan keterbukaan bertaraf tinggi dan pembangunan berkualiti akan dipaparkan menerusi pameran hasil pembangunan zon rintis perdagangan bebas dalam tempoh sedekad.