China Pastikan Matlamat Mendarat Bulan Tercapai Menjelang 2030

2023-10-25 14:55:33  CRI
Share with:

China mempunyai stesen angkasa lepas pembawa angkasawan dekat Bumi, sistem pengangkutan ulang alik Bumi-angkasa, mekanisme latihan dan pemilihan angkasawan dan jadual penerbangan angkasa lepas bermanusia yang terperinci. 

Demikian maklumat yang didedahkan Pejabat Projek Penerbangan Angkasa Lepas Bermanusia China. 

Selain itu, China juga telah bersiap sedia untuk mengundang angkasawan luar negara menyertai tugasan stesen angkasa lepas China. Semua negara dan kawasan yang bercita-cita menggunakan angkasa lepas secara damai dialu-alukan menjalankan kerjasama dengan China.

Dalam konteks tugasan mendarat Bulan, China sedang mendorong pelaksanaan dan pembinaan pelbagai kerja untuk memastikan matlamat angkasawan negara ini mendarat Bulan tercapai menjelang 2030.