CMG, Mintic Tandatangani MoU

2023-10-25 21:46:33  CRI
Share with:

Dengan disaksikan Presiden China, Xi Jinping bersama rakan sejawatnya dari Columbia, Gustavo Petro, MoU Kerjasama Kumpulan Media China (CMG) dengan Kementerian Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi Columbia (Mintic) ditandatangani oleh Naib Presiden CMG, Xing Bo dan Menteri Mintic di Beijing petang tadi.

CMG dan Mintic pernah menjalankan pertukaran lawatan yang baik pada tahun-tahun kebelakangan ini. Demi memperkasakan kerjasama sektor media, kedua-dua pihak memutuskan membina mekanisme kerjasama rutin, menjalankan kerjasama dalam bidang-bidang yang melibatkan berkongsi bahan program, penghasilan program berdasarkan usaha sama, inovasi teknologi, penerokaan pasaran dan pertukaran lawatan keanggotaan supaya dapat menyumbang kepada usaha kedua-dua negara dalam memperkasakan pertukaran sosiobudaya, menggalakkan persefahaman di kalangan rakyat dan mendorong perkembangan perkongsian strategik ke arah yang sihat dan stabil.