Sesi keenam Jawatankuasa Tetap NPC China ke-14 Labuhkan Tirai

2023-10-25 13:20:50  CRI
Share with:

Sesi keenam Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-14 melabuhkan tirainya di Beijing pada Selasa.

Para hadirin dalam sidang tersebut telah mengundi dan meluluskan Undang-undang Perlindungan Alam Sekitar Marin dan Undang-undang Pendidikan Patriotik yang baru dipinda.

Menurut keputusan sidang itu, Li Shangfu dipecat dari jawatan Ahli Dewan Negara dan Menteri Pertahanan, Qin Gang dipecat dari jawatan Ahli Dewan Negara, Wang Zhigang dipecat dari jawatan Menteri Sains dan Teknologi, dan Liu Kun dari jawatan Menteri Kewangan. Manakala, Yin Hejun dilantik sebagai Menteri Sains dan Teknologi dan Lan Fo'an sebagai Menteri Kewangan.

Presiden China, Xi Jinping menandatangani secara berasingan Dekri Presiden No.12, No.13 dan No.14  yang menandakan berkuatkuasanya pelbagai undang-undang dan keputusan tersebut.