CMG, AFP Lancar Kerjasama Pusingan Baharu

2023-10-26 11:41:45  CRI
Share with:

Kumpulan Media China (CMG) melancarkan kerjasama pusingan baharu dengan Agence France-Presse (AFP) pada Rabu.

Dokumen kerjasama berkenaan ditandatangani oleh Presiden CMG Shen Haixiong dan Pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif AFP, Fabrice Fries di Paris. 

Menurut perjanjian itu, kedua-dua pihak akan mengambil Sukan Olimpik Paris sebagai peluang untuk mengukuhkan kerjasama membabitkan media baharu dan kecerdasan buatan (AI), selain memperluas bidang kerjasama dalam semua aspek.

Shen berkata CMG melancarkan kerjasama meluas dengan semua lapisan masyarakat di Perancis sebagai melaksanakan konsensus yang dicapai Presiden Xi Jinping dan Presiden Emmanuel Macron semasa pertemuan pada April tahun ini.

"Kami (CMG) berharap kedua-dua pihak terus mempergiat kerjasama dan bersama-sama bersuara demi keadilan di arena pendapat awam antarabangsa," ujar Shen.

Dalam pada itu, Fabrice Fries menyatakan tahun depan menandakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara, sekali gus menyaksikan berlangsungnya Sukan Olimpik Paris. 

"Ia membawa makna bersejarah bagi China dan Perancis dengan menyediakan peluang penting untuk kerjasama kedua-dua pihak. 

"CMG akan menghantar pasukan penyiaran berskala besar untuk menyertai temasya sukan itu. Diharap kerjasama berkenaan dapat melakar hasil baharu seawal mungkin," kata beliau.