CMG, WEF Ikrar Perdalam Kerjasama

2023-10-26 15:50:56  CRI
Share with:

Kumpulan Media China (CMG) dan Forum Ekonomi Dunia (WEF) akan memperdalam kerjasama berdasarkan kelebihan milik masing-masing.

Demikian keputusan yang dibuat dalam perbincangan antara Presiden CMG, Shen Haixiong dengan Presiden WEF, Klaus Schwab di Genewa, Switzerland semalam.

Shen berkata, CMG bertahun-tahun membuat liputan terhadap WEF dari segenap aspek. Kedua-dua pihak yang masing-masing berkelebihan mempunyai potensi kerjasama yang luas. 

Beliau berbesar hati dapat melihat kedua-dua pihak menjalinkan perkongsian strategik bilateral, menerajui perbincangan ekonomi dan melantangkan suara pelbagai pihak dalam senario global menerusi penganjuran forum media dan penglibatan dalam sidang tahunan WEF, yang dilihat kondusif bagi mempergiat pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Schwab menanti-nantikan bersama dengan CMG memanfaatkan pengaruh jenama masing-masing, merancakkan dialog dan kerjasama berhubung peluang dan cabaran yang dibawa pembangunan global, kerjasama antarabangsa serta kecerdasan buatan, dan meningkatkan persefahaman dan kepercayaan antara satu sama lain supaya dapat menyuntik kedinamikan kepada pembangunan WEF.