Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Ecuador yang Baru Terpilih

2023-10-26 14:41:33  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping semalam mengucap tahniah kepada Daniel Noboa yang baru terpilih menjadi Presiden Ecuador.

Xi berkata, Ecuador adalah negara penting di benua Amerika Latin. Sejak terjalinnya hubungan bilateral China-Ecuador pada 43 tahun yang lalu, kedua-dua negara mengekalkan pertukaran peringkat tinggi yang erat, memperdalam hubungan politik yang saling mempercayai, mencapai hasil melimpah dalam pelbagai bidang, serta memupuk persahabatan yang akrab. China yang mengutamakan perkembangn ikatan dengan Ecuador, bersedia bersama dengan Presiden Noboa menambah elemen baharu kepada perkongsian strategik komprehensif China-Ecuador di samping menyejahterakan rakyat kedua-dua negara.