Budaya Etnik Monoriti Penting Bagi Khazanah Budaya China

2023-10-26 16:56:26  CRI
Share with:

Menteri Luar Mongolia, Battsetseg Batmunkh telah melawat China sebanyak dua kali pada tahun ini. Lawatan beliau memberi kesan yang mendalam kepada rakyat China kerana beliau selalu tampil memakai pakaian tradisional etnik Mongol.

 

Di China juga terdapat etnik Mongol. Oleh itu, pakaian tradisional beliau tidak asing kepada kami. Tetapi tahukah anda, bahasa yang digunakan di negara itu berbeza dengan etnik Mongol di China?

 

Etnik Mongol di China masih menggunakan bahasa Mongolia tradisional yang dicipta pada zaman Genghis Khan. Tetapi, bahasa yang digunakan di Mongolia pula berasaskan huruf Slavik apabila negara itu berpisah dengan China pada tahun 1946.

 

Bagaimanapun, negara itu telah menetapkan agenda untuk menggunakan semula bahasa Mongolia tradisional secara menyeluruh mulai tahun 2025.

 

Bahasa merupakan alat komunikasi, juga pembawa budaya.

 

Di sekolah rendah di Tibet, setiap hari terdapat dua kelas bahasa Tibet bagi murid-murid tempatan. Semua murid boleh membaca teks dalam bahasa Tibet dengan lancar. Selain itu, mereka juga perlu belajar budaya tradisional Tibet dan kaligrafi Tibet.

 

Pada masa yang sama, murid-murid Tibet juga fasih bertutur dalam bahasa Mandarin. Mereka juga ada kelas untuk belajar Bahasa Inggeris agar dapat melihat dunia luar yang lebih luas.

 

Hal ini amat berbeza dengan pengalaman Satria di Xinjiang pada kira-kira 10 tahun yang lalu. Pada masa itu, Satria menemani wartawan Malaysia melawat ke sebuah sekolah di sana. Wartawan tersebut mahu bertanyakan soalan kepada murid Uygur. Satria membantu menterjemah soalan itu dalam bahasa Mandarin. Malangnya murid itu tidak memahami apa yang Satria tanyakan.

 

Mengadakan pendidikan dwibahasa atau tribahasa di Xinjiang atau Tibet bukan untuk memusnahkan budaya tradisional tempatan, tetapi membantu meningkatkan persefahaman.

 

Baru-baru ini ada seklip video menjadi tular di media sosial China. Seorang pelancong bertemu seorang anak yang amat comel di Xinjiang. Ia tertanya: “Apakah etnik awak?”. Budak itu menjawab bahawa “Bangsa China!”.

 

China mementingkan pemeliharaan budaya tradisional pelbagai etnik minoriti, sebab mereka penting bagi khazanah budaya China. Budak etnik monoriti pula bangsa sebagai anggota Bangsa China.

 

Kesenian Muqam etnik Uygur tersenarai sebagai warisan budaya lisan dan Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO pada tahun 2005. Muqam ialah kesenian yang menghimpunkan muzik, nyanyian dan tarian tempatan yang telah wujud sejak abad ke-16. Bagaimanapun, oleh sebab hanya diwarisi secara lisan dalam tempoh ratusan tahun ini, sejak penubuhan Republik Rakyat China, kerajaan mendapati hanya tinggal seorang seniman yang mampu melagukan Muqam yang lengkap.

 

Kerajaan pusat segera menghantar pakar muzik yang tersohor pada masa itu ke Xinjiang untuk merekod, mencatat dan menyusun kesenian yang unik ini.

 

Ketika merakam, pakar muzik dari Beijing itu mendapati pemuzik Uygur menyanyi dengan menutup mata. Apabila ditanya kenapa menutup mata ketika melagukan Muqam, pemuzik Uygur menjawab bahawa pemuzik dianggap golongan paling rendah di Xinjiang sebelum ini dan tidak boleh memandang golongan bangsawan ketika mengadakan persembahan.

 

Melalui usaha selama 10 tahun, buku teks muzik Muqam diterbitkan supaya lebih ramai orang dapat memahami dan belajar kesenian unik etnik Uygur ini.

 

Satria sendiri pernah menemani kawan-kawan dari Malaysia dan Indonesia untuk menikmati persembahan Muqam di Xinjiang.

 

Kesenian yang dulu hanya dinikmati oleh bangsawan, sekarang diperkenalkan di arena antarabangsa.