Pertemuan PM China-Rusia di Kyrgyzstan

2023-10-26 15:35:42  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Qiang telah menemui rakan sejawatnya dari Rusia, Mikhail Mishustin di Bishkek, Kyrgyzstan semalam waktu tempatan.

Li berkata, Presiden Xi Jinping dan Putin mengadakan pertemuan di Beijing baru-baru ini dan turut menetapkan cetak biru baharu pembangunan hubungan kedua-dua negara. 

Menurut Li, kerjasama China-Rusia tidak menyasarkan pihak ketiga, dan juga tidak terganggu oleh pihak ketiga. China bersedia dengan Rusia bersama-sama berdasarkan kata sepakat dicapai pemimpin kedua-dua negara meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) anjuran China yang menekankan pembinaan bersama dengan Persekutuan Ekonomi Euroasia (EAEU) anjuran Rusia, mengintensifkan kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan dan sumber tenaga, merancakkan interaksi dalam sektor pendidikan dan daerah, menjayakan penganjuran aktiviti sambutan Tahun Kebudayaan China-Rusia, meningkatkan kerjasama dalam kerangka Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) sehingga membawa elemen baharu kepada Perkongsian Strategik Komprehensif China-Rusia yang semakin kukuh pada zaman baharu.

Mikhail Mishustin pula berkata, hubungan Rusia-China berada pada paras tinggi yang tiada tolok bandingnya sebelum ini. Rusia bersedia bersama dengan China untuk melaksanakan kata sepakat pemimpin kedua-dua negara, meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan BRI dengan EAEU dan mendorong progres multipolarisasi dunia.