Podcast Berbilang Bahasa "Stories of Xi Jinping" Dilancarkan Ke Seluruh Dunia

2023-10-26 11:52:48  CRI
Share with:

Podcast berbilang bahasa dan produk media bersepadu "Stories of Xi Jinping" hasilan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) dilancarkan secara rasmi ke seluruh dunia di Frankfurt, Jerman baru-baru ini, dan disiarkan oleh lebih  60 agensi media arus perdana di negara-negara Eropah secara serentak. 

Pada masa yang sama, 80 agensi media arus perdana asing yang melibatkan EU Reporter, Kumpulan Media Keusahawanan Perancis, Stesen Radio Ekonomi Sepanyol, dan Rossiyskaya Gazeta menyiarkan podcast dan produk media bersepadu tersebut. Laporan berkaitan juga telah diterbitkan oleh 817 media arus perdana secara dalam talian daripada 20 negara dan wilayah, termasuk Amerika Syarikat, Britain, Kanada, India dan Jerman, yang dijangka mempunyai lebih 400 juta responden yang berpotensi di seberang laut.

Podcast "Stories of Xi Jinping" dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Rusia dan Arab merupakan produk podcast pertama yang disiarkan di luar negara untuk menceritakan pengalaman dan kisah Presiden Xi semasa beliau betugas di daerah seperti Zhengding, Fujian, Zhejiang dan Shanghai.

Setakat ini, podcast  itu telah disiarkan menerusi platform podcast arus perdana global yang melibatkan Spotify, Zeno, iVoox, Sybel dan platform podcast Eropah yang lain dengan membabitkan lebih 180 negara dan tersenarai dalam ranking pasaran podcast di sejumlah negara dan wilayah.