China, Columbia Tingkatkan Hubungan Dua Hala ke Tahap Perkongsian Strategik

2023-10-26 12:02:55  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Columbia, Gustavo Petro yang berada dalam jadual lawatan rasminya di China mengadakan pertemuan di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada petang Rabu. Kedua-dua pemimpin mengumumkan untuk meningkatkan hubungan dua hala ke tahap perkongsian strategik.

Xi menekankan bahawa China menyokong Columbia secara mandiri meneroka jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan negaranya sendiri, menyokong proses damai di Columbia, berharap Columbia dapat mewujudkan kedamaian yang konsisten dan komprehensif dengan seawal mungkin, dan yakin pembangunan berkualiti tinggi dan proses pemodenan di China akan membawa peluang baharu kepada pembangunan pelbagai negara termasuk Columbia.

Hubungan China-Columbia adalah berdasarkan kesaksamaan, saling menguntungkan dan situasi menang-menang. Columbia dialu-alukan untuk menyertai pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan seawal mungkin untuk mewujudkan pembangunan dan kemakmuran bersama. China menggalakkan lebih banyak produk Columbia yang berkualiti tinggi meningkatkan akses ke pasaran China.

Xi menambah, China mengalu-alukan penglibatan Columbia dalam Inisiatif Perkongsian Kerjasama Sumber Tenaga Bersih Sejagat anjuran China untuk berkongsi peluang pembangunan hijau.

Kedua-dua pihak China dan Columbia sebagai dua negara membangun, diharap meningkatkan komunikasi dan koordinasi dalam urusan antarabangsa untuk memelihara kepentingan milik bersama negara membangun dan kesaksamaan dan keadilan antarabangsa.

Petro pula menyatakan bahawa Columbia yang mempunyai lokasi geografi yang strategik bersedia meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan strategi negaranya dengan BRI, dan memperhalusi kerjasama dalam bidang infrastruktur dan sumber tenaga bersih.