Kapal Angkasa Bermanusia Shenzhou-17 Berjaya Dilancarkan

2023-10-26 15:33:29  CRI
Share with:

Kapal angkasa bermanusia Shenzhou-17 telah dilancarkan dengan menggunakan roket pembawa Long March-2F  di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan pada pukul 11:14 pagi tadi waktu Beijing.

Kapal angkasa tersebut berpisah dengan roket dan masuk orbit yang dijadualkan selepas kira-kira 10 minit.

Kru angkasawan Shenzhou-17 dilaporkan berada dalam keadaan yang baik sekarang ini.

Selepas masuk orbit, kapal itu akan bercantum dengan stesen angkasa lepas dengan cepat dan automatik. Syif kerja akan diadakan antara kru kapal angkasa Shenzhou-17 dengan kru kapal angkasa Shenzhou-16.

Dalam tempoh bertugas di stesen angkasa lepas untuk enam bulan yang akan datang, kru Shenzhou-17 akan berkali-kali menjalankan aktiviti luar kenderaan (EVA) seperti melaksanakan pelbagai eksperimen saintifik dan melakukan kerja pemasangan serta penyelenggaraan di dalam dan luar kenderaan.