Kru Shenzhou-17 Masuk Stesen Angkasa Lepas

2023-10-27 14:33:45  CRI
Share with:

Kru Shenzhou-17 berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada Khamis.

Menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), kru Shenzhou-16 membuka hac kabin pada pukul 7.34 malam untuk menyambut kedatangan tiga angkawasan Shenzhou-17 iaitu Tang Hongbo, Tang Shengjie dan Jiang Xinlin. Mereka turut mengambil gambar kenangan bersama-sama.

Tang Hongbo, komander misi Shenzhou-17, merupakan antara kumpulan pertama angkasawan China yang ditempatkan di stesen angkasa pada 2021.

Dua tahun kemudian, beliau sekali lagi terpilih bertugas di Tiangong yang kini mempunyai ruang lebih besar dan selesa.

Beliau turut menjadi angkasawan China yang merekodkan waktu selang terpendek antara dua misi penerbangan.

Kru dua kapal angkasa itu akan melakukan pertukaran syif dan tinggal bersama-sama di stesen angkasa selama kira-kira empat hari untuk menyiapkan pelbagai tugas yang ditetapkan.