18 Maut dalam Kejadian Tembakan Rambang di Maine AS

2023-10-27 14:59:36  CRI
Share with:

Kejadian tembakan rambang yang berlaku di Lewiston, negeri Maine Amerika Syarikat (AS) pada malam Rabu waktu tempatan telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 18 orang maut dan 13 yang cedera.  Ini dimaklumkan Gabenor Maine, Janet Mills dalam sidang media pada Khamis.

Pihak polis menyatakan bahawa suspek yang dikesan berusia dalam lingkungan 40 tahun itu, adalah anggota pasukan simpanan Tentera Darat AS, dan masih berada dalam keadaan bebas pada masa sekarang.