CMG Tingkatkan Kerjasama dengan WIPO
Kumpulan Media China (CMG) menandatangani surat hasrat kerjasama dengan Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) di Geneva, Switzerland pada Khamis.
Presiden CMG Shen Haixiong dan Ketua Pengarah WIPO Daren Tang mewakili kedua-dua pihak menurunkan tandatangan dalam dokumen berkenaan.
Kedua-dua pihak sepakat mempergiat kerjasama dalam usaha meningkatkan perlindungan serta kesedaran mengenai kepentingan harta intelek, dan melaksanakan program pertukaran antarabangsa.
Shen berkata tahun ini menandakan ulang tahun ke-50 terjalinnya kerjasama antara China dengan WIPO.
Kerajaan China amat mementingkan kerja perlindungan harta intelek, sementara kesedaran seluruh masyarakat dalam menghormati dan melindungi harta intelek semakin meningkat.
CMG berhasrat memperkasa kerjasama dengan WIPO untuk menyumbang kepada perkembangan sistem tadbir urus harta intelek global ke arah lebih adil dan munasabah.
Daren Tang menghargai usaha CMG memperkasakan perlindungan harta intelek, khususnya dalam menggerakkan penggubalan Perjanjian Perlindungan Pertubuhan Penyiaran.
Beliau berharap terus memperdalam kerjasama dengan CMG dan bersinergi membina peraturan harta intelek antarabangsa yang terbuka, inklusif dan seimbang demi kesejahteraan umat manusia.