Pameran Khas 'Journey through Civilizations' Dilancar di Geneva

2023-10-27 13:35:59  CRI
Share with:

Pameran khas 'Journey through Civilizations' anjuran bersama Kumpulan Media China (CMG), Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva (UNOG) dan Misi Tetap China ke Geneva membuka tirainya di Geneva, Switzerland pada Khamis.

Majlis perasmian dihadiri Presiden CMG Shen Haixiong, ketua program aktiviti budaya UNOG Francesco Pisano, Wakil Tetap China ke UNOG Chen Xu, dan wakil dari pejabat lebih 30 buah negara serta pertubuhan antarabangsa di Geneva.

Shen berkata Inisiatif Peradaban Global (GCI) yang diketengahkan Presiden Xi Jinping mendapat sahutan meluas daripada masyarakat antarabangsa.

Pengunjung berpeluang untuk mendapat pendedahan mengenai tamadun China yang unik melalui pameran diterap teknologi digital itu.