ICBC Mulakan Urusniaga Penjelasan RMB di Laos

2023-10-27 14:53:17  CRI
Share with:

Majlis perasmian Bank Industri dan Perniagaan China (ICBC) untuk memulakan urusan penjelasan RMB (RMB-Clearing) telah diadakan di Vientiane, Laos baru-baru ini.

Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar China ke Laos, Wang Chang ketika menyampaikan ucapan, menyifatkan urusniaga yang baru dimulakan itu berfaedah bagi memperdalam kerjasama kewangan bilateral.

Pada majlis tersebut, tujuh bank setempat masing-masing menandatangani perjanjian penjelasan dengan ICBC cawangan Vientiane.

Gabenor Bank Pusat Laos, Bounleua Sinxayvoravong menyatakan, perasmian perkhidmatan itu kondusif bagi mendorong perdagangan dan pelaburan dua negara berkembang secara berterusan ke arah yang sihat, malah membawa makna penting bagi pembangunan sosioekonomi Laos.

Majlis terbabit turut disempurnakan dengan kehadiran Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone dan Naib Presiden ICBC, Zhang Weiwu.