Li Keqiang Meninggal Dunia

2023-10-27 11:15:06  CRI
Share with:

Ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China ke-17, ke-18 dan ke-19 yang juga bekas Perdana Menteri China, Li Keqiang, meninggal dunia di Shanghai pada Jumaat.

Li yang berumur 68 tahun ketika berehat di Shanghai baru-baru ini mengalami serangan jantung secara tiba-tiba pada Khamis. Setelah semua usaha menyelamat mengalami kegagalan, beliau meninggal dunia pada 10 minit lewat tengah malam pada 27 Oct.